24 October 2011

Kawal Ikan Emas Guna Tangan

Lelaki ni mampu mengawal ikan emas hanya dengan menggunakan arahan tangan... Memang cool, bukan senang rasanya nak kawal ikan beb. Ikan emas lak tu, tak silap ikan emas cuma mempunyai daya ingatan selama 3 minit je. Kalau salah tolong-tolong tegur ye...


Kuil Dibina Menggunakan Botol

Kuil ini diperbuat menggunakan hampir 1.5 juta botol bir dan dibina oleh para sami yang mengambil masa selama 25 tahun ! Setiap dinding, tiang, lantai, pagar, atap atau boleh juga dikatakan keseluruhan kuil ini dibuat sepenuhnya menggunakan botol. Idea awal projek ini dimulakan pada tahun 1984 sebagai langkah untuk mengawal dan membersihkan alam sekitar dan pencemaran botol bir yang teruk, kemudiannya bertukar menjadi seni bina yang unik.


Arca Besi Jack Sparrow

Arca besi versi Jack Sparrow ini diperbuat daripada besi terbuang... Тhat’s pretty awesome, Kreatif ! 


Fakta-Fakta Menarik


Aksi Ngeri Matador

Nama taiko matador ni Juan Jose Padilla, selepas kejadian ngeri dibawah, sumber mengatakan beliau akan kembali beraksi digelanggang, mungkin lepas ni nyawanya pula akan terbang melayang. Sebenarnya aku saja share video ni sebab agak seram dan mengerikan berbanding video yang lain, jadi sila tonton dengan penuh kesaspenan.


23 October 2011

Selebriti Hollywood Sebelum Dan Selepas Photoshop

Tak kira la artis barat, timur, selatan, utara, barat daya, timur laut kat mana-mana sekalipun sebenarnya tak semuanya mempunyai kecantikan yang asli, dalam TV, iklan, filem, paper etc, etc memang gila punya cun, tapi realitinya indah khabar dari rupa... Sebagai contoh boleh tengok kat bawah ni, jadi pada peminat-peminat artis tu, pilih lah yang asli ye...kui kui kui. Ohh ye, dan jangan lupa singgah kat sini >> Sebelum dan selepas photoshop.


Hiasan Rangka Manusia Dibawah Gereja

Sebelum ni aku ada post pasal gereja yang dihiasi rangka manusia, kali ni sebuah ruang bawah tanah yang dipenuhi dengan hiasan rangka manusia dibawah sebuah gereja di Rom, ia mempunyai 2 nama : 'Our Lady of the Conception of the Capuchins' dan 'Santa Maria della Concezione'. Boleh juga dikatakan sebagai kubur dan direka oleh Antonio Casoni. Semua rangka ini mula dikumpulkan sekitar tahun 1528 sehingga 1870 dan kini ianya disusun sebagai perhiasan untuk menarik pelancong dari seluruh dunia.


Kereta Separuh Lama Separuh Baru

Sebuah kereta Toronado coupe 1967 hanya dipulihkan separuh sahaja oleh sebuah syarikat dari St.Louis supaya dapat memberi atau melihat perbezaan dan perbandingan diantara kereta baru dan kereta lama.


Model Miniatur Berlin

Di dalam muzium sejarah dan budaya Berlin (Märkisches Museum) terdapat sebuah model miniatur yang dibuat untuk menggambarkan seluruh bandar Berlin. Walaupun ianya dihasilkan secara ringkas dan tidak begitu terperinci, tapi tetap menarik sebab aku rasa ramai yang sukakan model kecik camni... 


Serangan Ikan Paus Pembunuh

Pergh... sekali NGAP je.


Binaan Piramid Yang...

Fuuuuhhhhh ~


Apabila Anjing Megalami Sawan Anjing

Kekeke mimpi ngeri tu... Adekah beliau dikejar kucing? Mari kita sama-sama fikirkan... Hmmm.


Ukiran Luar Biasa Pada Buku

Sesuatu yang luar biasa sebab ianya dibuat daripada buku-buku yang tebal dan terdapat pelbagai ukiran, susunan gambar, objek, serta potongan pada bahagian tertentu dengan kemas menjadikannya seni yang menarik dan amat kreatif.


Kamera Daripada LEGO

Pada suatu hari, seorang artis bernama Cary Norton telah mendapat satu idea yang kreatif iaitu mencipta sebuah kamera daripada kepingan Lego. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah dimana kamera Lego ciptaan beliau mampu berfungsi seperti biasa.


Trik Sedut Kondom Guna Lobang Hidung

WTH...


22 October 2011

Arca Dawai Figura Manusia

Dengan kepakaran teknikal sebagai seorang jurutera industri mekanikal, Mattia Trotta juga seorang artis mencipta arca dawai yang dibentuk menyerupai manusia dengan terperinci. Memang menakjubkan, aku pernah tengok, bukan senang beb nak buat ni.


Tindik Pada Badan Paling Banyak Di Dunia

Airmata yang mengalir pada wajah wanita ini jelas menunjukkan kesakitan yang dihadapainya, bukan sekali, bukan 2 kali, dan bukan juga 10 kali, tetapi 3,200 kali tindikan yang dilakukan diatas badannya sekali duduk atau berbaring, itulah yang dimaksudkan dengan tindik pada pada paling banyak di dunia hanya dengan sekali duduk atau berbaring. Beliau ialah Staysha Randall dari Las Vegas yang telah berjaya memecahkan rekod dunia. Memang hebat ! Tapi bangang, buat keje yang sia-sia...


Hidupan Laut Lutsinar

Gambar dibawah merupakan spesimen hidupan laut yang telah ditransparentkan oleh Iori Tomita, seorang artis dan juga seorang pengkaji iktiologi. Beliau cuba untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang kecantikan semula jadi hidupan laut yang terdapat didalam badan mereka supaya orang ramai dapat menyedari bahawa kemungkinan hidupan ini akan pupus - mungkin merujuk kepada pencemaran alam.


Cheats Permainan Video Dalam Dunia Sebenar

Korang pernah main Counter Strike? Kompem korang penah main cheats kan...? Hehehe yang ni versi realiti punya, serius cool. Korang mesti tengok beb... Aku tengok macam lawak pun ada.


Ciptaan Kreatif Labah-Labah Mekanikal

Gabungan mekanikal dan organik labah-labah ini dicipta daripada kepingan tembaga, batu permata dan beberapa bahagian daripada jam antik oleh seorang artis Montréal, Daniel Proulx. Beliau mendapat idea ini apabila mendapati sisa alatan seperti dawai, spring, skru, nat, kepingan tembaga dan objek lain yang tidak digunakan boleh dijadikan sebagai sebuah ciptaan yang menarik daripada ianya dibuang, seperti contoh rekaan labah-labah dibawah. Memang kreatif...


Bandar Dibuat Daripada Pencungkil Gigi

Binaan dibawah ialah bandar Minas Tirith yang merupakan bangunan bersejarah yang terletak di Gondor. Ianya lebih menyerupai sebuah istana, apapun binaan pencungkil gigi dibawah mula dibuat pada 7 April 2007 dan siap pada 15 Februari 2010, bermakna ia mengambil masa selama 33 bulan (2 tahun 9 bulan). Satu jangka masa yang panjang untuk disiapkan kerana ia dibuat dengan penuh teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi, cuba tengok.


Street Pin-Ups

Takde detail pasal gambar ni, aku terjumpa dalam laptop aku, jadi dengan selambanya aku siarkan gambar ni untuk tatapan korang semua... kekeke menarik, itu je yang aku nak cakap, jangan marah ye...


Evolusi Wanita Asia

Bahasa kat bawah ialah bahasa Sepanyol, kalau nak tahu sila pergi ke Google Translate, korang translate la sendiri... huhahuhahahaaa.. Apapun kartun kat bawah ni macam betul, terutamanya golongan Cina, masa muda gila punya cun, tapi bila dah tua badak pun boleh kalah...


20 October 2011

Bantuan Dan Sumbangan Kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim - Rumah Aman


Rumah Aman merupakan sebuah rumah kebajikan bagi anak-anak yatim yang terletak di Shah Alam, Selangor yang mula beroperasi pada tahun 2005. Rumah kebajikan ini menempatkan sebilangan besar kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur yang kehilangan ibubapa, tempat tinggal, pendidikan, kekurangan kasih sayang dan sebagainya serta amat memerlukan perlindungan, bantuan, sumbangan, sokongan dan keprihatinan daripada orang ramai demi memelihara masa depan mereka agar lebih terjamin.
Sila layari http://www.rumahaman.com/en/ atau http://www.rumahaman.com/home/ untuk maklumat lebih lanjut.

Ianya merupakan sebuah kempen prihatin daripada TLC Promise Me Season 2 dari Syarikat Truly Loving yang dijalankan bersama Nuffnang bagi membuka ruang kepada orang ramai terutamanya para bloggers untuk sama-sama memberi sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban kepada rumah kebajikan tersebut dalam menaiktaraf serta memenuhi kemudahan kelengkapan kepada anak-anak yatim disitu. Setiap sumbangan dan bantuan yang dihulurkan adalah 100% akan disalurkan kepada rumah kebajikan Rumah Aman.

Bantuan dan sumbangan boleh dilakukan melalui :

Sumbangan Melalui Maybank2u :
Derma terus kepada no.akaun Rumah Aman (562106720433) dengan remark :
"Nuffnang TLC Promise Me S2".
Selesai membuat pembayaran anda boleh emailkan resit transaksi tersebut ke alamat : tlcpromiseme@nuffnang.com sebagai bukti anda telah menderma.

Sumbangan Melalui Cek :
Cek juga boleh dikeluarkan kepada Nuffnang Sdn. Bhd dan hantarkan ke alamat :

12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.

Melalui Akaun Nuffnang dan ChurpChurp : -
Khususnya kepada pengguna Nuffnang,
Sila login dan pergi ke http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011
Anda boleh derma sebanyak RM1, RM5 atau RM10 kemudian klik pada 'submit'.

"Bersama Ringankan Beban"

19 October 2011

Seni Ukir Karikatur Pada Buah Labu

Karya seni ukir yang menarik ini dihasilkan oleh Ray Villafane dari New York. Setiap karikatur yang dihasilkan dibuat menggunakan buah labu dengan pelbagai impressi wajah yang menarik seperti watak seram, lucu, selebriti dan lain-lain.


Gambar Potret Menggunakan Bahan Objek

Gambar-gambar dibawah merupakan seni gambar potret yang dihasilkan menggunakan susunan daripada pelbagai objek, memang sangat kreatif dan menggagumkan. Selepas ianya siap, objek-objek yang telah disusun akan dilekatkan gam supaya dapat mengekalkan gambar potret tersebut.


Cincin Berbentuk Makanan Dan Minuman

Koleksi cincin buatan tangan yang sangat menarik ini dicipta oleh Sofia dari Jepun, ianya diilhamkan daripada hidangan makanan, pencuci mulut, minuman manis dan lain-lain. Memang sesuatu hasil yang kreatif dan ia dibuat dengan sangat teliti sehingga kelihatan seperti makanan sebenar dalam bentuk yang kecil..


Kek Sotong Kurita Paling Realistik

Kek kurita ini dihasilkan oleh Karen Portaleo, memang nampak betul-betul real, agak-agak korang camne rasanya?


18 October 2011

Superb Spray Skillz

WAW... Memang cool. Kemahiran seni yang cukup tinggi dan berbakat.


17 October 2011

Ketagihan Candu Imigran China Abad Ke-18

Pada pertengahan abad ke-18, satu kumpulan besar pendatang dari China telah memasuki Amerika syarikat untuk mencari pekerjaan dan kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di industri perdagangan candu. Gambar-gambar dibawah menggambarkan bahawa ramai diantara mereka tidak hanya bekerja didalam industri tersebut tetapi menghisap candu hampir pada setiap masa.


Apabila Karakter Video Game Terlepas Ke Dunia Sebenar

Nampaknya mereka berjaya melarikan diri ke dunia sebenar...


16 October 2011

Aksi Bunga Api Yang FAIL

Inilah akibatnya bila cuba berlagak hebat... AMATUR !


Aksi Koboi Yang FAIL !

Lelaki ni tertembak kaki sendiri ketika cuba untuk keluarkan pistol dan berangan nak jadi koboi... 

Moral : Tak kira kat mana pun korang berada, walau dalam internet sekali pun, sila jangan cuba berlagak atau tunjuk lagak yang AMATUR.
Huhahuhahuhaahaaa...

Anak Patung Seram Yang Menakutkan

Lagi anak patung yang menyeramkan dari Shain Erin yang semakin mendapat kejayaan dari pelbagai media. Beliau menjadi semakin obses terhadap kejayaan ini dimana menpunyai potensi untuk menarik minat khalayak umum dengan meluas dan menjadikannya lebih mencabar. Apapun hasil kerja beliau sememangnya sangat menarik dan berjaya mewujudkan impressi seram terhadap anak patung seperti dibawah.


Monumen Jari Tengah Di Milan

Sangat pelik + aneh apabila monumen jari tengah setinggi 11 meter ini diletakkan dihadapan bangunan bursa saham di Milan. Motif? Tidak dapat dikenalpasti... Apapun korang jangan ingat monumen ni tunjuk fak, sebabnya monumen ni tak cukup lagi 4 jari. Cuba tengok...


Animasi 3D Pelik Dan Horror Jepun

Animasi yang dihasilkan memang cun, lawa beb... Tapi ada unsur horror, rasanya mesej yang sangat jelas. Bak kata Nabil Raja Lawak, "lu pikir la sendiri..."


Seni Bunga

Aku rasa seni ni paling senang nak dihasilkan, cuma susun mengikut kreativiti dan idea masing-masing je... korang terai la buat... kekeke Apapun seni yang ringkas, tapi menarik.


Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung

Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang burung tersebut.

 Gambar 1 - Burung betina ini mengalami kecederaan yang boleh mengakibatkan maut selepas ia dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah.

Anak Beruang Panda Yang Kiut

Korang pernah tengok anak beruang panda yang baru lahir? Seriusly dengan jakunnya aku mengaku belum pernah lagi tengok anak panda yang baru lahir... hehehe jadi apa kata korang tengok anak panda yang kiut miut ni, nampak macam lebih kurang anak kucing.


14 October 2011

Iklan Perkhidmatan Online Klasik

Contoh iklan klasik Youtube, Twitter, Facebook dan Skype jika semua site dibawah dilancarkan pada tahun 1959. Ianya dihasilkan oleh sebuah agensi pengiklanan yang dikenali sebagai Moma.


Seni Arca Paling Pelik Dan Luar Biasa

Arca ini dihasilkan oleh Emil Alzamora, jika diamati karya yang dihasilkan beliau sememangnya unik dan menakjubkan. Kebayakan arca yang dihasilkan beliau berbentuk manipulasi dan menajdikannya sesuatu yang luar biasa.


Konsep Komputer Masa Depan

Direka oleh Hiromi Kiriki, yang bercirikan skrin sentuh fleksibel OLED, projektor hologram (skrin), panel keyboard tarik-keluar, dan keserasian rangkaian sosial. Ia dikatakan direka untuk tahun 2020 akan datang.


Kota Yang Dipenuhi Sampah

Manshiet Nasser merupakan masyarakat yang pelik di Kaherah, Mesir. Bandar ini dipenuhi dengan sampah menjadikannya permandangan atau perkara yang luar biasa dan sememangnya terdapat penduduk yang menetap dikawasan ini. Dikatakan hampir 80% sampah-sampah ini akan dikitar semula untuk dijual semula.


Proses Pembuatan Konsep Kereta Citroen

Dibawah ialah proses pembuatan contoh konsep kereta citroen, walaupun sekadar contoh tapi hasilnya memang gempak...


Miniatur Landskap

Landskap kecil ini dihasilkan oleh Gregory Euclide dimana beliau menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sebenar untuk menghasilkan karya seni yang unik ini.


Awesome Warhammer 40K Giant Dreadnought Case Mod

Hmmm... Sebenarnya aku tak tau pun ape bendanya nih, aku siarkan pun sebab tertarik dengan dengan gambar-gambar dibawah, memang cool... kui kui kui. Dikatakan ianya proses pembuatan sebuah robot mecha yang diilhamkan dari sebuah permainan video yang popular Warhammer 40,000.


13 October 2011

WAH ! Ketam Ni Merokok !

Nampaknya ketam-ketam ni sangat enjoi merokok. kekeke memang style, ada gaya taiko... Sapa la punya kerja ni.


Seni Kait Paling Kreatif Dan Comel

Kaf tangan ini dihasilkan oleh seorang artis berbakat iaitu, Nicole Gastonguay aku memang takde ilmu lansung pasal seni kait ni, walaupun aku lelaki yang agak brutal... Tapi kraf tangan ni memang comel laa ~
Huhahuhahuahahaa...


Model Motosikal Buatan Tangan + Kayu = Lego !

Hahaha... Kalau tak paham tajuk tu biar aku terangkan kat sini, sebenarnya dibawah ialah gambar proses pembuatan motosikal kayu yang menyerupai lego hasil buatan tangan yang cool... Tak paham? Kalau tak paham sila tengok sendiri, OKAY?


Menara Eletrik Figura Manusia Gergasi

Direka oleh Choi + Shine Architects, projek ini dipanggil sebagai "Land of Giant" yang memenagi anugerah 'High-Voltage Pylon Competition' di Iceland. Serius nampak pelik. Macam hampeh je aku tengok... 


12 October 2011

Gambar Spiritual Yang Misteri

Dibawah ialah gambar-gambar lama yang sebenar diambil oleh William Hope diantara tahun 1863 - 1933. Apa yang menjadi tanda tanya ialah setiap gambar dibawah mempunyai gambar seakan-akan makhluk halus atau lebih berbentuk spiritual dimana terdapat gambar manusia yang samar-samar dan tidak lengkap, jika difikirkan komputer pada masa tu pun lansung tak canggih apatah lagi nak berphotoshop. Sama ada gambar ini dibuat-buat atau tidak ianya adalah sesuatu yang misteri.


Patung Lilin VS Original : Selebriti Hollywood

Patung lilin dibawah sememangnya dihasilkan dengan cukup sempurna sehingga nampak macam real... Jadi jom tengok perbezaan diantara patung lilin ni dengan selebriti yang original, mana satu lebih baik, lebih lawa, lebih cun, lebih macho dan macam-macam lebih lagi.

 Kim Kardashian

Evolusi Era Iggy Pops

Nama sebenar beliau ialah James Newell Osterberg, dianggap sebagai salah satu penghibur yang sampai ke peringkat paling dinamik sepanjang zaman. Bayangkan sejak tahun 1968, beliau masih lagi ranggi dan terus menjadi penghibur sampai ke hari ini. 

 1968

SuShit Serangga

Aku sangat bermurah hati hari ni, jadi aku nak belanja korang semua hidangan sushi yang sangat istimewa ni... Sila layan dan menikmati gambar-gambar dibawah  ~


Sila Jangan Minum Kopi Ni...

Nama kopi ni ialah "Kopi Luwak", tak pasti berasal daripada mana, berdasarkan pada jenama kopi tersebut ialah kopi, jadi aku anggap mungkin dari seberang iaitu Indonesia. Apapun aku rasa korang takkan minum kopi ni lepas korang tahu resepi rahsianya atau proses pembuatannya... Cuba tengok.


Seni Fotografi 3D

Gambar dibawah merupakan gambar fotografi 3D, walaupun tak banyak pergerakkan tapi masih lagi didalam bentuk 3D, ia juga dipanggil sebagai Gambar Fotografi Stereo. Apapun korang tahu tak macam mana gambar ini diambil? Dan macam mana pulak boleh bergerak-gerak? Kalau nak tahu sila skrol sampai bawah.


Seni Arca Kertas Berbentuk 3D

Arca kertas yang mengujakan ini dihasilkan oleh seorang illustrator dari Los Angeles, Jeff Nishinaka yang berusia 52 tahun. Jeff mula menghasilkan seni ini sejak tahun 1982, setiap karya mengambil masa diantara 3 hari sehingga 4 bulan untuk disiapkan. Setiap arca ini adalah berbentuk 3D melalui penerapan yang bijak dan penuh berhati-hati. Harga untuk satu keping karya ini kadangkala boleh mencecah sehingga $ 64,000. Untuk pengetahuan korang, Jeff juga merupakan kawan rapat kepada aktor terkenal iaitu Jackie Chan yang memiliki koleksi besar arca kertas yang hebat.


Slow Motion Efek Tembakan Peluru

Efek tembakan peluru dalam slow motion memang hebat, bila tengok gambar-gambar dibawah ni baru aku tau betapa bahayanya senjata api.