21 August 2011

Top 10 Gurun a.k.a Padang Pasir Terbesar Dunia

10. Gurun Kara-Kum, Uzbekistan / Turkmenistan


Gurun Karakum juga dieja sebagai Kara-Kum dan Gara Gum di Asia Tengah yang memenuhi kira-kira 70% atau 350,000 km² kawasan Turkmenistan. 

9. Great Sandy Desert, Australia


Great Sandy Desert yang berkeluasan 360,000km² di barat laut Australia, secara kasarnya sama saiz seperti Jepun.

8. Gurun Chihuahuan, Mexico


Gurun Chihuanhuan merupakan gurun ke-3 terbesar di Hemisfera Barat dan ke-2 terbesar di Amerika Utara selepas Great Basin Desert dengan keluasan 362,000 km².

7. Great Basin Desert, USA


Great Basin ialah kawasan tadahan air terbesar di Amerika Utara dengan keluasan 477,664 km²

6. Great Victoria Desert, Australia


Merupakan gurun terbesar di Australia dengan meliputi keluasan 424,400 km² (163,900 batu persegi)

5. Patagonian Desert, Argentina


Gurun Patagonia merupakan salah satu gurun terbesar di dunia dengan keluasan 673,000 km² (260,000 batu persegi)

4. Gurun Kalahari, Afrika Selatan


Gurun Kalahari ialah kawasan separa gersang yang berpasir dengan keluasan 900,000 km², meliputi sebahagian besar Botswana, Namibia dan Afrika Selatan.

3. Gobi Desert, Mongolia / Timur Laut China


Salah satu kawasan padang pasir terbesar di Asia yang meliputi sebahagian utara dan barat laut China serta selatan Mongolia. Keluasan gurun ini ialah 1,295,000 km².

2. Padang Pasir Semenanjung Arab Saudi


Padang pasir ini berkeluasan 3,237,500 km² yang bersempadan dengan Lembah Nil, Laut Merah dan Teluk Suez di sebelah Timur.

1.  Gurun Sahara, Afrika Utara


Merupakan gurun terbesar di dunia dengan keluasan melebihi 9,200,000km² persegi yang merangkumi sebahagian besar Afrika Utara dan hampir sama besar dengan Amerika Syarikat atau Benua Eropah.

1 comments:

Coolman said...

Allah maha besar!!