Salam,
Sesiapa yang lalu lalang kat blog ni cuba komen sikit,
Blog ni ringan ke atau masih berat? Sebab sebelum ni blog ni agak lembab loadingnye,
Jadi aku cuba buang iklan nuffnang, dan keputusannya blog ni rasa cam dah laju sikit... Aku je la... korang aku tak tau lak camne... Muehehe...
Terima kasih nuffnang sebab akhirnye cukup jugak RM50 dalam akaun aku, itupun aku dah submit sebulan yang lepas, masih tak sampai-sampai lagi cek tu sampai hari ni... nak cecah RM50 tu pun separuh mati dibuatnya, tapi tak kisah la sampai ke tidak...
Kesimpulannye memang tak berbaloi pasang nuffnang,
Sekian...
12 February 2012
10 February 2012
Sajjadah 1426 - Sejadah Eletronik
Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku sendiri pun tak paham apabenda, kononya sejadah ini untuk menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menujurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat... Yang menjadi persoalannya boleh ke guna sejadah camni? Adekah solat kita diterima?
Asrama Di Jepun
Asrama ini adalah kepunyaan Universiti Kyoto, Jepun. Ia dibina lebih dari 100 tahun yang lalu dan tidak pernah mengalami sebarang perubahan atau proses baik pulih sehingga kini. Perkara baik berkenaan asrama ini ialah sewa bulanannya hanyalah $25 sebulan.
Restoran Air Terjun
Restoran Air Terjun ini terletak di Quezon Province, Villa Escudero, Filipina. Merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar kerana restoran ini memberi pelanggan peluang untuk menikmati makanan mereka betul-betul bersebelahan air terjun dan sungai. Atau boleh dikatakan memang dah betul-betul dok kat atas sungai yang cetek... Muehehe
DIY USB Kayu
Siapa rasa dirinya belum cukup kreatif? Kalau YA, boleh cuba tiru tutorial bergambar ni untuk sesuatu yang baru.
16 December 2011
Update !
Salam,
lama pula tak hadpet blog ni...ahahaaa baru cadang nak kemaskini blog nih + tukar domain + hosting, tetiba ade pulak yang dah cuba nak potong line, macam dah takde idea sendiri je... hampeh betul. Cuba terai google >>> klik aje
kekeke ada 1 blog mana ntah tak siap lg,... hui, tak aci la beb camni...takkan ku biarkan ko duduk atas. huaahahahaa...
Oh yee, ada 1 lagi nak tambah, bagi sesiapa yang nak ambik sebarang sumber / entri dalam blog ni silakan aje, tak bagi kredit pun takdehal la... Sebab aku sendiri pun ambik dari site lain untuk kongsi dengan korang semua, sekadar suka-suka je, sekadar berkongsi apa yang aku jumpa apabila meng-explore internet nih...
p/s : sebenarnya post ni sekadar nak beri peringatan bahawa blog ni masih hidup lagi... hehehe aku tak update pun sebab fokus pada adsense kejap... Dah setel nanti aku akan sambung balik untuk update blog ni macam biasa.

24 October 2011
Kawal Ikan Emas Guna Tangan
Lelaki ni mampu mengawal ikan emas hanya dengan menggunakan arahan tangan... Memang cool, bukan senang rasanya nak kawal ikan beb. Ikan emas lak tu, tak silap ikan emas cuma mempunyai daya ingatan selama 3 minit je. Kalau salah tolong-tolong tegur ye...
Kuil Dibina Menggunakan Botol
Kuil ini diperbuat menggunakan hampir 1.5 juta botol bir dan dibina oleh para sami yang mengambil masa selama 25 tahun ! Setiap dinding, tiang, lantai, pagar, atap atau boleh juga dikatakan keseluruhan kuil ini dibuat sepenuhnya menggunakan botol. Idea awal projek ini dimulakan pada tahun 1984 sebagai langkah untuk mengawal dan membersihkan alam sekitar dan pencemaran botol bir yang teruk, kemudiannya bertukar menjadi seni bina yang unik.
Subscribe to:
Posts (Atom)